Skip to main content

Permainan Video Lagenda

3 PERMAINAN VIDEO PLAYSTATION I TERBAIK

(PILIHAN PERIBADI)

Assalamualaikum, hi. 

Teknologi yang semakin hari semakin mengembang ini boleh digambarkan seperti arus deras jeram. Jenis batu peranti yang besar, berat, telah berusia, tidak akan terbawa arus jeram permodenan pada satu tahap. Cukup dengan metafora dan perumpamaan segala macam.

Untuk post yang pertama ini, saya ingin membawa para pembaca dalam blog picisan saya ini, kembali ke tahun 1994. The Sony PlayStation (PS1, PSOne) merupakan konsol permainan video yang dilancarkan pada 3 Disember 1994 di bawah nama SONY. PS1 ini telah menjadi salah satu konsol yang paling popular sepanjang zaman kerana ianya konsol pertama keluaran Sony yg menekankan kualiti grafik pada waktu itu. 

Berikut ialah 3 permainan video PS1 pilihan saya :D

3. PEPSIMAN

Permulaan kepada permainan video di iOS atau Android anda seperti Temple Run dan Subway Surfers, permainan PepsiMan mengambil secara literal dari namanya. Anda sebagai seorang Pepsi Man, seperti seorang adiwira. PepsiMan ini adalah permainan yang sangat mudah dan penuh aksi yakni, pemain perlu melepasi beberapa halangan ataupun rintangan  dengan berlari, melompat dan mengelak rintangan tersebut.



2. CRASH BANDICOOT 

Crash Bandicoot ialah sebuah permainan video "platformer" yang boleh dianggap sebagai "OG" kepada jenis permainan "platformer". Anda bermain sebagai Crash, seekor marsupial yg dievolusi oleh Dr Cortex iaitu watak antagonis dalam permainan lagenda ini.


1. GRAN TURISMO

Gran Turismo ialah sebuah permainan video simulasi perlumbaan dan juga merupakan permainan video Playstation yg mendapat hasil jualan terbaik sepanjang masa iaitu lebih 10.85 juta salinan dijual. Satu ciri yg membuatkan saya memilih permainan video ini ialah pengalaman simulasi perlumbaan yg diberikan lain daripada permainan yg lain. Anda juga perlu menjalani beberapa ujian memandu dan mempunyai tahap lesen memandu (dalam permainan) yg tertentu sebelum anda layak untuk menyertai sesetengah acara perlumbaan yg rasmi.





  


Comments